NEW YORK - Kempen pengeboman yang dilancarkan semula ke atas Genting Gaza telah mengorbankan sekurang-kurangnya 322 kanak-kanak manakala 609 yang lain cedera dalam tempoh 10 hari.
Laporan itu dikeluarkan Tabung Kecemasan Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Isnin selepas Hospital al-Nasser di selatan wilayah tersebut dibedil pada 23 Mac lalu.
Iklan
Iklan
Kebanyakan mangsa cilik itu hilang tempat tinggal dan terpaksa berlindung di bawah khemah sementara.
"Pelaksanaan gencatan senjata menyediakan talian hayat buat golongan tersebut dan harapan untuk pemulihan semula. Tetapi, mereka berterusan terperangkap dalam kitaran keganasan.
"Kanak-kanak yang cedera atau sakit sepatutnya dipindahkan segera untuk mendapatkan rawatan," kata Pengarah Eksekutif UNICEF, Catherina Russell.
Menurutnya, semua pihak bertelagah sepatutnya mematuhi peraturan dan undang-undang antarabangsa mengenai perlindungan terhadap kanak-kanak.
Perang genosid yang berlarutan selama hampir 18 bulan di Gaza menyaksikan lebih 15,000 menjadi korban kekejaman Zionis manakala lebih 34,000 yang lain cedera. - Agensi