Netanyahu terpalit skandal Qatargate

Iklan
Netanyahu menyelar proses siasatan tersebut yang didakwa kononnya bermotifkan politik selepas penahanan Feldstein (kiri) dan Urich pada Isnin.

TEL AVIV - Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu yang berdepan perbicaraan kes rasuah sekali lagi terpalit kontroversi setelah dua pembantu pemimpin 'ekstremis' itu ditahan pada Isnin.

Kedua-dua suspek, Eli Feldstein dan Yonatan Urich yang merupakan anggota pasukan media Netanyahu didakwa menerima bayaran daripada pegawai Qatar bagi mempromosikan imej negara tersebut.

Iklan
Iklan

Pemimpin Parti Likud itu turut disoal siasat dalam kes digelar sebagai 'skandal Qatargate' dengan proses siasatan dijangka berlanjutan sehingga 10 April ini.

Difahamkan, Netanyahu sedang memberi keterangan berhubung kes mahkamah beliau hingga menyebabkan prosiding itu terpaksa ditangguhkan selepas diminta hadir untuk membantu siasatan skandal tersebut yang mengambil masa kira-kira dua jam.

Iklan

Urich dan Feldstein berdepan pertuduhan melibatkan rasuah, berhubung dengan ejen asing, pecah amanah, pengubahan wang haram dan kesalahan cukai.

Mereka disoal siasat kira-kira 12 hari lalu, namun tiada tangkapan dibuat pada masa tersebut.

Iklan

Sebelum ini, Feldstein dikenakan tahanan rumah selepas dia membocorkan dokumen sulit kepada akhbar Jerman pada September lalu sebagai cubaan untuk mengalihkan perhatian umum terhadap insiden enam tawanan terbunuh di Gaza. - Agensi

Info:

>Walla mendedahkan 'skandal Qatargate' bermula selepas pertemuan antara pelobi Qatar, Jay Footlik dan Gil Birger bersama pegawai kanan Israel diaturkan oleh bekas kakitangan sebuah syarikat PR. Ariel Shafir yang mempunyai hubungan erat dengan Urich.

>Footlik dan Birger meraih perhatian umum pada bulan lalu selepas rakaman didedahkan KAN menyebut Birger mengakui dia membayar Feldstein bagi pihak Footlik.

>Shafir dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Parti Likud dan menjadi penasihat kepada kumpulan pakar keselamatan Bitchonistim yang menyokong Netanyahu selain terlibat dengan pasukan perhubungan awam.