BEIJING - Perbadanan Minyak Luar Pesisir Kebangsaan China (CNOOC) menemui medan minyak di Laut China Selatan dengan rizab terbukti melebihi 100 juta tan, menurut agensi berita Xinhua pada Isnin.
Huizhou 19-6 itu dikatakan tidak terletak di kawasan yang menjadi pertikaian multilateral di perairan berkenaan dan berada dalam Zon Ekonomi Eksklusif China di kedudukan 370 kilometer (km) dari pantai negara tersebut.