Tular sijil cuti sakit KK di Melaka hilang

Iklan
Tangkap layar media sosial mengenai sijil cuti sakit yang didakwa hilang.

MELAKA - Tular di media sosial mengenai seorang individu yang mendakwa sijil cuti sakit di sebuah klinik kesihatan di negeri ini hilang menjelang Hari Raya dalam satu hantaran di aplikasi TikTok, baru-baru ini.

Individu yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Abang Panda’ memaklumkan bahawa sijil cuti sakit yang hilang itu bernombor siri AZ537001 hingga AZ537050.

Iklan
Iklan

Menurutnya, gambar yang dimuat naik memaparkan notis yang dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan (KK) Sungai Udang.

"Nak raya ni, sampai sijil MC hilang.

Iklan

"Sapa rembat, cepat pulangkan kat KK Melaka! Hahaha... macam-macam hal,” tulisnya.

Sementara itu, Exco Kesihatan, Perpaduan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ngwe Hee Sem, ketika dihubungi, memaklumkan bahawa beliau perlu mendapatkan pengesahan daripada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka mengenai kejadian itu terlebih dahulu.

Iklan

"Saya perlu mendapatkan pengesahan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri mengenai apa yang berlaku,” katanya.