Pemuda UMNO sanjung tinggi perkenan Agong lantik Muhyiddin

Iklan
Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO menjunjung kasih atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan Seri Paduka selaku Ketua Negara dibuat berpaksikan kepada kepentingan dan kelangsungan sebuah negara dan rakyatnya.

Iklan
Iklan

"Pemuda UMNO melihat pelantikan itu menamatkan kemelut politik yang mendebarkan yang belum pernah berlaku dalam sejarah moden politik Malaysia.

"Kemelut yang berpunca dari kerakusan dan perebutan kuasa antara dua pihak yang akhirnya meleburkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) bahkan meruntuhkan kerajaan PH itu sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong jam 10.33 pagi tadi di Istana Negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong pilih Muhyiddin sebagai Perdana Menteri

Iklan

'Terima kasih ALLAH, Tuanku...'

Asyraf turut menzahirkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana mengambil sikap matang, rasional dan bertenang sepanjang tempoh krisis politik berlaku.

"Terima kasih juga kepada penjawat awam kerana mempamerkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Seri Paduka dalam meneruskan kesinambungan perjalanan pentadbiran sektor awam dengan lancar kepada rakyat dan negara seluruhnya," katanya.