Kebakaran saluran gas: Siapa yang bertanggungjawab?

Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan kebakaran saluran gas.

KEJADIAN kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Puchong pada Selasa bukan sahaja menggemparkan penduduk sekitar, malah seluruh negara.

Api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu dianggarkan mencecah 1,000 darjah Celsius menunjukkan betapa dahsyatnya kejadian itu dan mengakibatkan kecederaan kepada 67 orang dan merosakkan 237 premis dan 390 kenderaan.

Iklan
Iklan

Secara fizikal, kebakaran ini memberi kesan yang sangat besar dengan 78 rumah dan 10 kedai terbakar, menyebabkan ramai penduduk kehilangan tempat tinggal.

Setakat ini, punca kebakaran masih dalam siasatan namun ada beberapa dakwaan termasuk kemungkinan kebocoran paip gas akibat kerja-kerja kontraktor yang tidak mengikut prosedur keselamatan.

Iklan

Namun, beliau turut mempersoalkan kebenaran dakwaan ini kerana insiden berlaku ketika cuti umum Hari Raya Aidilfitri.

Selain itu, terdapat mesej tular yang mendakwa wujud amaran awal mengenai pencerobohan rizab Petronas sebelum kejadian berlaku.

Iklan

Jika benar terdapat pencerobohan dan kegagalan tindakan pencegahan oleh pihak berkuasa, ia merupakan kelalaian serius yang memerlukan tindakan tegas.

Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih, Nushi Mahfodz pula menegaskan bahawa siasatan yang telus dan tindakan undang-undang perlu dikenakan tanpa kompromi sekiranya benar dakwaan berlaku pencerobohan oleh kontraktor ke atas rizab Petronas dalam insiden kebakaran itu.

Kejadian itu jelasnya, bukan sekadar isu teknikal semata-mata, sebaliknya kelalaian yang mencabuli keselamatan rakyat dan mendedahkan kelemahan sistem kawal selia di peringkat pelaksanaan.

Menurutnya, di lokasi sebegini, setiap kerja pengorekan wajib disertakan dengan Job Safety Analysis (JSA) yang lengkap, meliputi pemetaan paip, penilaian risiko dan kehadiran penyelia bertauliah.

Kebakaran saluran paip gas di Putra Heights adalah satu tragedi yang membuktikan betapa pentingnya pemantauan ketat terhadap keselamatan infrastruktur negara.

Pihak berkuasa perlu menyiasat punca sebenar insiden ini dan memastikan tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati cuai.

Lebih penting lagi, tragedi ini harus menjadi titik perubahan dalam pengurusan dan pemantauan sistem paip gas negara bagi mengelakkan kejadian serupa berulang pada masa hadapan.

Tiada nyawa yang patut menjadi taruhan akibat kecuaian manusia.