MUSIM Serie A, AC Milan jauh daripada memenuhi jangkaan, namun trofi Piala Itali akan menawarkan laluan kembali ke Eropah, kata pengendali Sergio Conceicao menjelang perlawanan separuh akhir pertama menentang jiran tertangga Inter Milan pada Khamis.
Dengan Milan berada di tempat kesembilan dalam Serie A dengan 47 mata, 20 mata di belakang pendahulu Inter, kemenangan dalam Piala Itali mungkin satu-satunya cara untuk memasuki pertandingan Eropah.
"Kami sedar bahawa ia penting untuk Eropah. Tetapi jangan fikirkan tentang perlawanan lain. Kami tahu bahawa ini adalah cara terpantas untuk ke Eropah.
"Saya pasti akan berpuas hati dengan trofi, tetapi pertama anda perlu memenanginya dengan Inter dan kemudian perlawanan akhir. Ini adalah futurologi, saya suka menang hari demi hari," kata Conceicao.
Conceicao juga mengakui gergasi Itali itu tidak berada di tempat yang diinginkannya penyokong-penyokong setia kelab berkenaan.
"Milan tidak biasa dengan kedudukan ini, tetapi masih banyak perlawanan yang perlu dilalui.
"Saya juga bukan orang yang paling gembira di dunia kerana perkara yang telah saya alami sepanjang beberapa bulan lalu. Saya gembira dalam beberapa saat, kecewa dalam lebih banyak saat. Kami perlu memperbaiki diri, tetapi ia tidak mudah untuk semua orang," katanya.
Tiga pertemuan kedua-dua pasukan musim ini, Milan menang dua kali sebelum Inter mengikat 1-1 pada Februari lalu.
"Ia adalah perlawanan penting bagi kami. Situasinya berbeza, dengan pemain yang berbeza di padang. Kita akan lihat jika kita boleh mengadakan perlawanan yang baik esok, mari kita lihat apa yang Inter boleh lakukan.
"Mereka adalah pasukan yang sangat kuat dengan permainan yang kukuh dan jurulatih yang telah berada di sana untuk masa yang lama," kata Conceicao.