BINTANG filem 'Top Gun' dan 'Batman', Val Kilmer, meninggal dunia pada usia 65 tahun, menurut anak perempuannya, lapor PA Media/dpa.
Dalam satu kenyataan kepada The New York Times, anaknya, Mercedes berkata, pelakon itu meninggal dunia akibat radang paru-paru.
Iklan
Iklan
Kilmer meraih populariti selepas membintangi filem 'Top Gun' bersama Tom Cruise sebelum membawa watak Batman dan Jim Morrison.
Peranan terakhirnya sebagai pelakon adalah kemunculan khas dalam filem pecah panggung 'Top Gun: Maverick' pada 2022. - Bernama