Lelaki diselamatkan di Nay Pyi Taw lima hari selepas gempa bumi

Iklan
Seorang kakitangan hotel berjaya diselamatkan dari runtuhan bangunan hotel yang runtuh di Nay Pyi Taw, Myanmar lima hari selepas gempa bumi melanda negara itu. Foto Xinhua Seorang kakitangan hotel berjaya diselamatkan dari runtuhan bangunan hotel yang runtuh di Nay Pyi Taw, Myanmar lima hari selepas gempa bumi melanda negara itu. Foto Xinhua
Seorang kakitangan hotel berjaya diselamatkan dari runtuhan bangunan hotel yang runtuh di Nay Pyi Taw, Myanmar lima hari selepas gempa bumi melanda negara itu. Foto Xinhua

YANGON - Seorang kakitangan hotel berusia 26 tahun diselamatkan daripada runtuhan sebuah bangunan hotel di Nay Pyi Taw pada Rabu, lima hari selepas gempa bumi bermagnitud 7.9 melanda Myanmar, menurut pasukan penerangan Majlis Pentadbiran Negara, lapor Xinhua.

Dua individu dilaporkan terperangkap di bawah runtuhan, dan pasukan penyelamat dari Jabatan Perkhidmatan Bomba Myanmar serta Turkiye berjaya mengeluarkan seorang mangsa yang terselamat, menurut pasukan penerangan itu.

Iklan
Iklan

Operasi di hotel berkenaan bermula sekitar 3.00 petang waktu tempatan pada Selasa, dan lelaki itu berjaya diselamatkan kira-kira 12.30 tengah malam waktu tempatan pada Rabu, katanya.

Usaha masih diteruskan bagi mengesan dan menyelamatkan individu yang masih terperangkap. - Bernama

Iklan
Iklan