4 beradik yatim piatu kongsi gambar raya bersama lakaran ibu bapa

Iklan
Rasa rindu yang mendalam selepas kehilangan insan tersayang, terutama ketika menyambut Syawal, mendorong empat beradik melakar gambar ibu bapa mereka untuk diabadikan dalam sekeping potret raya keluarga.

SHAH ALAM – Rasa rindu yang mendalam selepas kehilangan insan tersayang, terutama ketika menyambut Syawal, mendorong empat beradik melakar gambar ibu bapa mereka untuk diabadikan dalam sekeping potret raya keluarga.

Menerusi hantaran pengguna TikTok, Adamuqq berkongsi potret keluarga dengan 'ibu bapa' mereka sedang duduk sambil diapit adik-beradik.

Iklan
Iklan

"Pada Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini, hatiku dipenuhi dengan kegembiraan dan kerinduan.

"Saat kita menyambut hari yang penuh keampunan dan kesyukuran ini, aku tidak dapat menahan diri daripada mengenang ibu dan ayah tercinta yang kini tiada lagi di sisi,” tulisnya dalam kapsyen yang mengiringi hantaran tersebut.

Iklan
Foto yang turut dimuat naik oleh pengguna TikTok, Adamuqq. Foto kanan, luahan Adamuqq.

Menurutnya, walaupun kedua-dua ibu bapanya telah tiada, kasih sayang, pengajaran, dan doa mereka tetap abadi dalam ingatannya.

"Aku berdoa agar ALLAH SWT mengurniakan mereka syurga dan melimpahkan rahmat yang tiada penghujung.

Iklan

"Semoga segala amal kebaikan mereka diterima dan roh mereka bersemadi dalam ketenangan abadi. Aku berjanji untuk terus mengamalkan nilai-nilai yang telah mereka ajarkan untuk sentiasa berbuat baik, menjadi kuat, dan mengingati ALLAH SWT dalam setiap langkah kehidupanku.

"Eid Mubarak, ibu dan ayah. Kehadiran kalian amat dirindui, tetapi kasih sayang kalian tidak pernah dilupakan. Al-Fatihah,” tambahnya lagi.

Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai, dengan rata-rata pelayar akaun tersebut turut menitipkan doa dan kata-kata semangat kepada empat beradik berkenaan.

Aidilfitri sememangnya menjadi waktu penuh bermakna untuk mengenang dan mendoakan insan tersayang yang telah pergi buat selamanya.