PH perlu ambil iktibar, bukan menyerah kalah: ADUN DAP

Iklan
WENG SAN

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) perlu mengambil iktibar di atas krisis politik yang berlaku dalam negara sejak kebelakangan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting, Lau Weng San daripada DAP, berkata PH perlu mencorak tindakan seterusnya dan bukannya menyerah kalah berikutan terdapat banyak lagi langkah yang boleh dilaksanakan selepas ini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pihaknya bersyukur kerana rakyat di negara ini dapat mengetahui siapa sebenarnya 'duri dalam daging' yang menghancurkan mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

"Kita juga harus perasan bahawa pentadbiran kerajaan PH selama 20 bulan yang lalu bukan laluan mudah kerana pengaruh dan tangan ghaib 'deep-state' memang sentiasa menggugat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Hari ini, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Mengulas lanjut Weng San berkata, pihaknya juga amat berbesar hati apabila kerajaan PH di Selangor masih teguh bersama mandat rakyat dan tidak terjejas dengan krisis politik ini.

Iklan

"Saya dan rakan-rakan PH akan setia bersama mandat rakyat pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang akan berlangsung pada 16 Mac ini. Sememangnya perjuangan dalam dunia politik adalah satu perjuangan yang panjang," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin angkat sumpah Perdana Menteri kelapan

Dipecat, bangun semula dan kini PM ke-8

Muhyiddin bukanlah PM sebenar, kata Dr Mahathir

Agong enggan jumpa saya lagi - Tun Mahathir

Jangan persoal keputusan Agong lantik Muhyiddin