Satu keluarga ‘karok’ raya, suara padu curi perhatian

Iklan
Idris (kiri) bernyanyi bersama keluarganya. Idris (kiri) bernyanyi bersama keluarganya.
Idris (kiri) bernyanyi bersama keluarganya.

SHAH ALAM - Sebuah keluarga mencuri tumpuan ramai apabila video mereka menyanyi bersama pada Hari Raya Aidilfitri mendapat pujian netizen.

Video tersebut dimuat naik oleh pengguna TikTok, Iskandar Zulkarnain, menunjukkan momen istimewa yang menampilkan Pak Cik, saudara dan sepupunya berkumpul bersama sebelum mengambil giliran menyanyikan lagu ‘Halaman Asmara’ oleh Datuk Awie dan Ziana Zain.

Iklan
Iklan

Dalam video berdurasi 4 minit 55 saat itu, bukan sahaja menunjukkan mereka menikmati detik kebersamaan, malah suara merdu masing-masing turut menarik perhatian pengguna media sosial lain.

"Ini keluarga makan kaset semua... semua ada bakat menyanyi.

Iklan

"Mantap semua Pak Cik saudara dan sepupu aku. Selamat Hari Raya semua. Maaf zahir dan batin,” tulisnya pada Selasa.

Rata-rata netizen meluahkan rasa terharu melihat hubungan erat kekeluargaan dan suasana mesra yang terjalin.

Iklan

Ramai yang memuji kehebatan suara ahli keluarga Iskandar Zulkarnain, menyifatkannya sebagai bakat semula jadi yang menghidupkan suasana perayaan.

Menariknya, salah seorang ahli keluarga dalam video tersebut dikenali sebagai Idris, yang merupakan bekas peserta Kilauan Emas musim ketiga.

Perkongsian ini menggambarkan erti sebenar Hari Raya yang bukan sekadar perayaan, tetapi juga masa untuk mengeratkan hubungan silaturahim.