KUALA LUMPUR – Sebuah keluarga merayu bantuan orang ramai bagi mengesan seorang pensyarah, Haslina Abdullah yang dilaporkan hilang lebih daripada 24 jam.
Menurut ahli keluarga, Haslina berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Tun Abdul Razak (Unitar), Kuala Lumpur, kali terakhir dilihat di Wisma Hong Leong, Jalan Perak, Kuala Lumpur pada Jumaat, 28 Mac lalu.
Namun, sejak itu, beliau gagal dihubungi dan keberadaannya masih belum diketahui.
"Kami amat risau akan keselamatan ibu.
"Tiba-tiba beliau hilang tanpa jejak, dan kami sangat berharap ada yang dapat membantu mengesan beliau,” kata Ainon Atikah Jafri, salah seorang ahli keluarga Haslina.
Laporan polis juga telah dibuat, dan pihak keluarga berharap sesiapa yang mempunyai maklumat atau ternampak Haslina dapat segera menghubungi mereka atau pihak berkuasa.
Keluarga Haslina juga meminta agar maklumat ini disebarkan seluas mungkin supaya usaha pencarian dapat dipercepatkan.
Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Ainon di talian 013-9134992 atau Ikram 013-4257842
"Tolong sebarkan. Semoga ALLAH permudahkan urusan pencarian ini. Terima kasih,” rayu ahli keluarga.