KINABATANGAN - Daerah Kinabatangan diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir pada jam 4.45 petang tadi berikutan hujan berterusan dan kenaikan paras air sungai di tahap bahaya.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan setakat ini tujuh kampung di kawasan berkenaan terjejas banjir dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan Bukit Garam pada jam 6 petang tadi.