Aidilfitri: Aliran trafik bergerak perlahan di Kuala Krai, Gua Musang malam ini

Iklan
Kenderaan warga Pantai Timur mula memenuhi Lebuhraya Bentong-Kuala Lumpur untuk pulang ke ibu kota selepas pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman ketika tinjauan, petang ini. - Foto: Bernama

KUALA KRAI - Aliran trafik membabitkan beberapa jalan Persekutuan di jajahan Kuala Krai dan Gua Musang mula bergerak perlahan setakat 9 malam ini, berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, anggota polis yang bertugas masih dapat mengawal peningkatan kenderaan itu dengan baik.

Iklan
Iklan

"Simpang di Bukit Sireh agak perlahan memandangkan ada kenderaan yang keluar dari Kampung Kuala Nal ke jalan utama.

"Kita jangka kenderaan semakin bertambah pada 6 April depan kerana sesi persekolahan mula dibuka pada keesokan harinya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Choon Foo pula berkata, aliran trafik di jajahan tersebut juga turut bergerak perlahan di beberapa kawasan akibat hujan serta pertambahan kenderaan.

"Nasihat saya kepada pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati dan bertimbang rasa ketika berada di atas jalan raya, sekiranya mengantuk atau berasa letih perlu ambil masa untuk berehat terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan," katanya. - Bernama

Iklan