Hujan lebat, empat rumah terjejas akibat banjir

Iklan
Anggota APM Raub membuat pemantauan di kawasan terjejas akibat banjir. - Foto: APM

RAUB - Hujan lebat berterusan menyebabkan empat rumah di Kampung Ulu Gali di sini terjejas akibat banjir pada Rabu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub dalam satu kenyataan melaporkan 19 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Ulu Gali.

Iklan
Iklan

"Pada jam 6.15 petang, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Raub telah menerima maklumat daripada pihak polis berlakunya banjir melibatkan empat rumah di Kampung Ulu Gali.

"Kejadian disebabkan hujan lebat dari jam 3 petang hingga jam 7 malam menyebabkan air Sungai Ulu Gali melimpah," katanya.

Iklan

Jelas kenyataan itu lagi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Raub telah membuat pemantauan dan memindahkan mangsa terlibat ke PPS terbabit yang dibuka pada jam 6.30 petang.

Katanya, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Iklan