Dua beranak agih makanan buat perantau pulang guna jalan pintas

Iklan
Seorang pemuda, Mohamed Syawal mencuri perhatian apabila mengagihkan makanan kepada perantau yang menggunakan jalan pintas di Kampung Tanjong Kala, Kuala Pertang di Kuala Krai bagi mengelakkan kesesakan

KUALA KRAI – Seorang pemuda, Mohamed Syawal Zainuddin, 23, mencuri perhatian apabila mengagihkan makanan kepada perantau yang menggunakan jalan pintas di Kampung Tanjong Kala, Kuala Pertang di sini bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di Sungai Durian pada Rabu.

Tindakan anak bongsu daripada enam beradik itu bersama ibunya, Minah Yacob, 57, mendapat pujian daripada pengguna laluan tersebut selepas mereka menyiapkan enam dulang agar-agar pada Rabu untuk diagihkan kepada perantau yang melalui hadapan rumah mereka.

Iklan
Iklan

Mohamed Syawal memberitahu bahawa pada Khamis pula mereka memasak 12 bungkus bihun goreng untuk diagihkan kepada setiap kenderaan yang melepasi kawasan kediaman mereka.

"Alhamdulillah, seronok dapat berkongsi rezeki dan meraikan sambutan hari raya bersama perantau.

Rakan-rakan Mohamed Syawal turut sama membantu mengagihkan makanan tersebut bagi memastikan pergerakan kenderaan berjalan lancar.

Iklan

"Setahun sekali, jalan di hadapan rumah yang sebelum ini sunyi akan meriah dengan kehadiran deretan kereta perantau. Raya kali ini, saya dan ibu mengambil keputusan untuk berkongsi rezeki dengan mereka,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, rakan-rakannya turut sama membantu mengagihkan makanan tersebut bagi memastikan pergerakan kenderaan berjalan lancar.

Iklan

Ujarnya, hasil siaran langsung yang dibuat di TikTok menyebabkan ramai orang ingin menyumbang untuk membuat infak.

"Insya-Allah, petang ini serta esok kami masih mengagihkan makanan kerana ada pihak yang ingin melakukan sedekah,” katanya.