JOHOR BAHRU – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Mohamad Taufiq Ismail mengumumkan hasratnya untuk bertanding jawatan Ketua Cabang Keadilan Johor Bahru bagi penggal 2025-2028.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook pada Khamis, beliau menyatakan kesediaannya untuk menawarkan diri dan berharap mendapat sokongan daripada ahli-ahli parti di peringkat cabang.