KUANTAN - Kerajaan Pahang menyerahkan sumbangan awal kepada seorang daripada mangsa kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor yang merupakan anak kelahiran negeri ini bagi meringankan beban dihadapi.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sumbangan itu diserahkan kepada Zurina Mohd Isa, 49, oleh pegawai Sekretariat Perantau Anak Pahang Syed Anas Syed Ali ketika melawatnya di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Masjid Putra Heights pada Khamis.