Mangsa serangan harimau kumbang stabil, cedera pada kepala

Iklan
Pemandu lori yang diserang harimau kumbang di Jalan Bukit Tangga kini sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar. Foto ihsan Perhilitan

SEREMBAN - Pemandu lori yang diserang harimau kumbang di Jalan Bukit Tangga-Seremban di sini petang Khamis, kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar selepas mengalami cedera parah pada bahagian kepala.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara(Perhilitan) Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata, lelaki berusia 50-an itu bagaimanapun berada dalam keadaan stabil.

Iklan
Iklan

"Perhilitan menerima maklumat kejadian pada jam 6.14 petang, iaitu menerusi video tular berkaitan seorang pemandu lori diserang harimau kumbang.

" Video tersebut berdurasi 16 saat direkod pada jam 3.31 petang dan mangsa disyaki diserang ketika turun untuk membuang air kecil," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Sehubungan itu katanya, Perhilitan telah menjalankan lanjut di lokasi dan harimau terbabit dipercayai keluar dari hutan yang berhampiran.

Tambahnya, harimau itu kemudiannya telah menerkam bahagian kepala mangsa sebelum melarikan diri ke seberang jalan.

Iklan

"Kakitangan Perhilitan telah melawat mangsa di hospital dan memberikan khidmat nasihat kepadanya supaya lebih berhati – hati selepas ini.

"Perhilitan juga akan menjalankan pemantauan dan rondaan di lokasi kejadian,"katanya.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika melalui laluan yang dikenal pasti sebagai lintasan hidupan liar dan mendapatkan bantuan jabatan atau pun pihak berkuasa sekiranya terserempak dengan haiwan tersebut.