Lelaki tikam, bunuh ibu kekasih selepas diminta tangguh setahun untuk berkahwin

Iklan
Kononya cinta dihalang, lelaki bunuh ibu dan tikam kekasih. Agensi

VISAKHAPATNAM, INDIA – Seorang lelaki hilang pertimbangan selepas diminta menunggu setahun untuk berkahwin dengan kekasihnya, Nakka Deepika.

NDTV melaporkan, gara-gara itu, lelaki yang dikenali sebagai Naveen bertindak menyerang Deepika dan ibunya, Lakshmi di kediaman mereka di Swayamkrushi Nagar, Visakhapatnam, sekitar jam 12.30 tengah hari, Rabu lalu.

Iklan
Iklan

Naveen, yang telah menjalin hubungan selama enam tahun dengan Deepika, menyerang wanita berusia 20 tahun itu dan membunuh ibunya, Lakshmi yang berusia 43 tahun, ketika cuba menghalang serangan tersebut.

Kejadian berlaku selepas Deepika dan keluarga mengarahkan Naveen menunggu setahun lagi untuk perkahwinan mereka kerana bapa Deepika tidak menyukai sikapnya.

Iklan

Lakshmi meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Deepika dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal.

Naveen melarikan diri selepas kejadian, namun pihak polis berjaya menahannya di daerah Srikakulam selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Iklan

Tindakan kejam Naveen mendapat perhatian pihak berkuasa termasuk Ketua Menteri Andhra Pradesh, N Chandrababu Naidu, yang segera menghubungi polis untuk memastikan mangsa menerima rawatan terbaik.

Menteri Dalam Negeri V Anitha juga mengarahkan tindakan tegas terhadap suspek.

Parti pembangkang, YSR Congress, mengkritik kerajaan pimpinan Naidu kerana gagal mengawal jenayah terhadap wanita yang semakin meningkat di negeri tersebut.

"Keadaan semakin membimbangkan dengan purata 70 kes jenayah terhadap wanita setiap hari. Suspek dalam kejadian ini perlu ditangkap dan dihukum seberat-beratnya," kata pemimpin Parti YSR, Varudu Kalyani. - Agensi