Penempatan anak yatim, 42 rumah di Manjung dinaiki air

Iklan
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ketika operasi menyelamat mangsa banjir di kawasan Kampung Padang Tembak. Foto APM Perak

MANJUNG - Beberapa kawasan kediaman termasuk sebuah penempatan anak yatim dalam daerah Manjung mula dinaiki air berikutan hujan lebat berterusan sejak awal pagi pada Jumaat.

Maklumat awal oleh Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, kawasan terjejas ialah pusat jagaan anak-anak yatim di Sungai Nyior.

Iklan
Iklan

Kawasan lain terlibat banjir ialah Taman Hijau dan Taman Sri Mawar dekat Sitiawan melibatkan 31 rumah.

Hujan lebat dikesan bermula antara jam 12 tengah malam dan 2 pagi mengakibatkan air parit melimpah dan memasuki rumah di semua tempat. Foto APM Perak

Menurut kenyataan sama, sebanyak sembilan unit kediaman masing-masing di Kampung Batu 3 dan Kampung Batu 5 di Segari dan dua rumah di Kampung Padang Tembak turut terjejas.

Iklan

"Hujan lebat dikesan bermula antara jam 12 tengah malam dan 2 pagi mengakibatkan air parit melimpah dan memasuki rumah di semua tempat.

"Pemantauan yang dilakukan mendapati laluan di Jalan Lumut-Pantai Remis turut dinaiki air," katanya.

Iklan

Setakat jam 9.30 pagi, keadaan di lokasi masih hujan renyai, namun aliran air adalah perlahan.

"Paras air juga menunjukkan tanda surut. Setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, bagaimanapun pemantauan berterusan di semua lokasi terlibat," kata kenyataan tersebut.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini meramalkan cuaca hujan dan ribut petir bakal melanda di beberapa kawasan pada sebelah pagi, petang dan malam pada Aidilfitri.