Ketua Setiausaha Negara ucap tahniah kepada Muhyiddin

Iklan
Mohd Zuki

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali hari ini mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri kelapan.

Beliau berkata, pelantikan Muhyiddin akan membawa Malaysia sebagai sebuah negara maju ditunjangi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

Iklan
Iklan

"Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia," ciapnya di laman mikro Twitter hari ini.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan di Istana Negara.

Iklan

Pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ia susulan Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 24 Februari lalu dan beberapa jam kemudian, Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri Interim.

Iklan