Dua jam tangkap buaya 250kg

Iklan
Sepasukan anggota APM berjaya menangkap buaya di Kampung Tepi Laut Menumbok.

MENUMBOK - Sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terpaksa mengambil masa selama hampir dua jam untuk menangkap seekor buaya di kawasan Kampung Tepi Laut, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, anggota APM berjaya menangkap reptilia sepanjang tiga meter dengan berat 250kg menggunakan peralatan khas.

Iklan
Iklan

Pegawai APM kuala Penyu dan Unit Menumbok, Leftenan (PA) Amrin Amirun berkata, sepasukan anggota dikejar ke lokasi sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki.

"Pengadu memaklumkan dia ternampak buaya tersebut berada di sebelah bot ketika di sungai.

Iklan

"Pengadu seterusnya menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan kerana bimbang keselamatan dia dan penduduk kampung di sekitar," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Tambahnya, operasi ditamatkan pada jam 5.50 pagi dan haiwan diserahkan kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.

Iklan