Naim Daniel terima penghargaan daripada DBP

Iklan
Naim Daniel

PENYANYI, Naim Daniel menerima penghargaan daripada Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) atas usahanya dan syarikat penerbit, World Peace (WP) Entertainment menggunakan tulisan jawi dalam klip video lagu Sembah.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh juara Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) menerusi akaun Instagram miliknya.

Iklan
Iklan

"Allahuakhbar, satu penghargaan besar bagi saya dan WP Entertainment. Terima kasih Dewan Bahasa Dan Pustaka untuk penghargaan ini.

"Teruskan mendengar lagu terbaharu saya, Sembah, di semua platform digital,” ujarnya yang turut memuat naik gambar surat ditandatangani Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran.

Gambar kanan: Poster lagu Sembah turut dimasukkan tulisan jawi. Gambar kiri: Surat penghargaan daripada DBP.

Iklan

Semenjak dimuat naik di laman YouTube pada 11 Februari lalu, klip video Sembah sudah mendapat lebih 1.6 juta tontonan. Dalam video klip terbabit, Naim memasukkan lirik dengan tulisan jawi dan Melayu.

Pada akhir Januari lalu, lagu ciptaan Naim bersama Omar K, Sumpah dinobatkan sebagai juara AJL34.

Iklan