Lelaki dikecam rakam kanak-kanak hampir lemas, tanpa membantu

Iklan
Tangkap layar video tular yang memaparkan detik cemas seorang kanak-kanak lelaki yang hanyut dibawa arus deras. Tangkap layar video tular yang memaparkan detik cemas seorang kanak-kanak lelaki yang hanyut dibawa arus deras.
Tangkap layar video tular yang memaparkan detik cemas seorang kanak-kanak lelaki yang hanyut dibawa arus deras.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki mendapat kecaman hebat daripada netizen selepas hanya merakam detik cemas seorang kanak-kanak lelaki yang hampir maut dibawa arus deras ketika hujan lebat di Kota Masai pada petang Jumaat.

Sebuah video berdurasi satu minit 36 saat yang tular di media sosial itu menunjukkan mangsa, seorang kanak-kanak lelaki, hanyut dalam arus deras tanpa bantuan dari sesiapa di lokasi kejadian. Dalam video tersebut, kelihatan seorang lagi kanak-kanak lelaki, dipercayai abang mangsa, menangis dan meraung ketakutan, meminta pertolongan bagi menyelamatkan adiknya.

Iklan
Iklan

"Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar... adik saya, abang! Adik saya... saya tak nak dia mati," jerit abang mangsa dalam video yang menyentuh hati ramai.

Menurut laporan, mangsa terjatuh ke dalam longkang sebelum berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada sebatang kayu yang hanyut bersama arus. Dia akhirnya berjaya dibawa naik ke tebing oleh pihak yang hadir selepas itu.

Iklan

Namun, tindakan individu yang hanya merakam kejadian tanpa memberi bantuan telah mengundang kemarahan netizen, yang rata-rata meluahkan rasa kesal terhadap sikap tidak bertanggungjawab tersebut.

Sinar Harian kini sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak polis dan bomba berkaitan kejadian tersebut.

Iklan