Bas ekspres rosak, JPJ tak benarkan teruskan perjalanan

Iklan
Mohd Zamri menyerahkan buah tangan kepada orang ramai sempena Ops Khas HRA Aidilfitri 2025 di Plaza Tol Gemuruh di Kuala Terengganu, pada Sabtu.

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu bertindak tegas menghalang sebuah bas ekspres daripada meneruskan perjalanan dari Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) kerana ketiadaan bas gantian yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan.

Pengarah JPJ Terengganu, Mohd Zamri Samion berkata, insiden tersebut berlaku sekitar jam 9 malam pada Khamis lalu apabila bas ekspres terbabit mengalami kerosakan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan kelewatan perjalanan bas yang dijadualkan menuju ke Larkin, Johor.

Mohd Zamri pada sidang akhbar sempena Ops Khas HRA Aidilfitri 2025 di Plaza Tol Gemuruh di Kuala Terengganu, pada Sabtu.

"Pihak syarikat bas diminta menyediakan bas gantian, namun gagal berbuat demikian kerana tidak memiliki Lesen Permit Sementara (LPS) seperti yang disyaratkan oleh JPJ.

Iklan

"Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelanggaran undang-undang yang boleh membahayakan nyawa orang ramai.

"Semua kenderaan, terutamanya bas ekspres, mesti mematuhi syarat-syarat keselamatan yang telah ditetapkan sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan,” katanya pada sidang akhbar Ops Khas HRA Aidilfitri 2025 di Plaza Tol Gemuruh di sini, pada Sabtu.

Iklan

Jelas beliau, kejadian itu menyebabkan 16 penumpang bas ekspres tersebut terkandas di Terminal Bas MBKT.

Bagaimanapun katanya, pada jam 12 tengah malam, sebuah bas gantian yang memenuhi syarat telah disediakan dan bas berkenaan dibenarkan meneruskan perjalanan ke Larkin dengan selamat.

"Orang ramai diminta melaporkan sebarang aduan berkaitan kesalahan lalu lintas sepanjang musim perayaan bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya.

"Laporan boleh dibuat melalui eAduan@jpj atau hotline JPJ Terengganu di talian 09-6212362,” katanya.