JOHOR BAHRU - Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini kembali dibuka susulan banjir kilat yang berlaku di Kampung Baharu, Sri Gading, Batu Pahat, pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading yang dibuka pada jam 10 pagi itu, menempatkan 99 mangsa daripada 34 keluarga.