Perhimpunan haram depan Sogo bikin kecoh

Iklan
Antara yang hadir ke demonstrasi di pusat beli-belah Sogo hari ini.

KUALA LUMPUR - Perhimpunan haram yang dianjurkan Jawatankuasa Demonstrasi 1 Mac di pusat beli-belah Sogo di sini mencetuskan sedikit kekecohan kepada peniaga dan pemuzik busking selepas kumpulan terbabit mula berarak ke Dataran Merdeka.

Kekecohan itu tercetus kira-kira jam 7.10 petang apabila segelintir kumpulan mula bergerak melalui hadapan peniaga dan pemuzik berkenaan.

Iklan
Iklan

Keadaan mula tegang apabila terdapat beberapa individu yang berang dan mengeluarkan kata-kata makian.

Bagaimanapun, kira-kira lima minit kemudian keadaan berjaya dikawal oleh pihak polis.

Iklan

Sebelum itu, tindakan kumpulan itu untuk berarak ditegah oleh pihak polis melalui perbincangan yang diadakan bersama Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Fahmi Visuvanathan Abdullah yang mengambil kira mengganggu ketenteraman awam.

Turut terjejas adalah orang awam yang datang untuk beriadah bersama keluarga masing-masing.

Antara yang hadir ke demonstrasi di pusat beli-belah Sogo hari ini.

Iklan

Difahamkan himpunan bermula jam 6 petang itu bagi membantah pimpinan baharu kerajaan dengan menolak Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan selain beberapa tokoh politik lain yang didakwa sebagai pengkhianat seperti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Turut kelihatan hadir adalah bekas Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan serta aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir.

ARTIKEL BERKAITAN PH hantar surat esok desak Speaker adakan Sidang Dewan khas

DAP tidak akan menyerah kalah

Polis beri amaran jangan sertai perhimpunan di depan Sogo!