Janin ditemui di tempat buang sampah belakang sekolah
Iklan
Janin yang ditemui di tempat pembuangan sampah.
KOTA BHARU - Janin bayi lelaki dijumpai di tempat pembuangan sampah di belakang sebuah sekolah jenis persendirian di Jalan Bukit Tinggi, Kampung Setek, Kok Lanas di sini hari ini.
Janin sempurna dan cukup sifat berbungkus kain pelikat itu ditemui pekerja Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDKPI) yang sedang melakukan kerja memungut sampah di kawasan itu pada jam 10 pagi.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, pihaknya melalui Balai Polis Kok Lanas menerima maklumat berhubung penemuan tersebut melalui panggilan telefon daripada seorang lelaki, sebelum hasil pemeriksaan pihaknya kemudian menemui janin yang masih bertali pusat.
"Pemeriksaan awal mendapati janin ini berada dalam keadaan sempurna serta cukup sifat. Turut ditemui satu kain pelikat warna hijau dan satu baju t-shirt yang dipercayai digunakan untuk membalut janin itu,” katanya.
Iklan
Beliau berkata, pihak Jabatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan turut hadir ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.
"Janin dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk proses bedah siasat.
Iklan
"Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.
Seramai 65 duta dakwah dalam kalangan anak muda dilahirkan oleh Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd dengan kerjasama Masjid Imanul Fa'izin melalui Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan yang bermula 29 Disember lalu dan melabuhkan tirainya pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin
Sepanjang dua minggu di Makkah dan Madinah kesemua peserta yang terdiri daripada 29 perempuan dan 36 lelaki masing-masing berusia antara 20 hingga 35 tahun itu bukan sahaja fokus kepada ibadah umrah semata-mata namun mereka turut disajikan dengan makanan rohani menjadikan mereka insan yang berguna kepada agama, bangsa serta negara.
Mutawif dari Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Ahmad Junaidi Omar berkata, pelbagai pengisian telah diaturkan untuk anak-anak muda sekali gus berbeza dengan jemaah umrah yang lain.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/706435/edisi/kelantan/andalusia-lahirkan-duta-dakwah-dalam-kalangan-anak-muda
Muzik: Happiness dari www.bensound.com