Arsenal tersandung, Liverpool semakin hampir juara

Iklan
Ndiaye meraikan jaringan penyamaan Everton ketika mengikat Arsenal dalam aksi liga di Goodison Park. Foto AFP Ndiaye meraikan jaringan penyamaan Everton ketika mengikat Arsenal dalam aksi liga di Goodison Park. Foto AFP
Ndiaye meraikan jaringan penyamaan Everton ketika mengikat Arsenal dalam aksi liga di Goodison Park. Foto AFP

EVERTON memberikan bantuan besar kepada jiran tetangga Merseyside, Liverpool dalam pemburuan gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mengikat pesaing terdekat Arsenal 1-1 di Stadium Goodison Park pada Sabtu.

Gol penalti Iliman Ndiaye membatalkan jaringan pembukaan Leandro Trossard untuk mata ke-35 anak buah David Moyes selepas mengharungi 31 perlawanan.

Iklan
Iklan

Keputusan seri ke-11 itu juga menyaksikan kelab London tersebut mengekalkan kedudukan kedua dengan 62 mata selepas mengharungi 31 perlawanan sekali gus 11 mata di belakang Liverpool yang kurang satu perlawanan.

Arsenal mendahului apabila Trossard menterjemahkan sentuhan Raheem Sterling untuk gol pertama perlawanan pada minit ke-35 bagi memimpin separuh masa pertama.

Iklan

Separuh masa kedua, Everton dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil apabila Myles Lewis-Skelly menjatuhkan Jack Harrison dalam kotak penalti.

Ndiaye yang mengambil sepakan tersebut tenang menyempurnakannya pada minit ke-49, untuk gol kesembilannya musim ini dalam semua pertandingan.

Iklan

Sebelum sepak mula, pengendali Arsenal, Mikel Arteta, memeluk Moyes, yang dianggapnya sebagai 'bapa bola sepaknya'.

Sebagai rekod, Moyes memberikan Arteta peluang pertama beraksi dalam kancah bola sepak Inggeris menyaksikan pemain Sepanyol itu menghabiskan hampir tujuh tahun bersama Everton di Goodison Park.