JOHOR BAHRU - Seorang lelaki maut dipercayai akibat serangan jantung semasa terlibat kemalangan di Jalan Setia Tropika 1/21, di sini, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Honda City dipandu lelaki berusia 59 tahun itu dari arah Lebuhraya Utara Selatan hilang kawalan hingga terbabas ke bahu kiri jalan.