Guru tidak datang mengajar 19 tahun terima gaji RM1.5 juta

Iklan
Seorang guru ekspatriat menerima gaji penuh keseluruhan berjumlah 105,000 dinar (RM1.5 juta) sejak 19 tahun lalu walaupun dia tidak pernah mengajar di sekolah di Kuwait. Foto hiasan Seorang guru ekspatriat menerima gaji penuh keseluruhan berjumlah 105,000 dinar (RM1.5 juta) sejak 19 tahun lalu walaupun dia tidak pernah mengajar di sekolah di Kuwait. Foto hiasan
Seorang guru ekspatriat menerima gaji penuh keseluruhan berjumlah 105,000 dinar (RM1.5 juta) sejak 19 tahun lalu walaupun dia tidak pernah mengajar di sekolah di Kuwait. Foto hiasan

DUBAI, EMERIAH ARAB BERSATU - Seorang guru ekspatriat dikatakan menerima gaji penuh keseluruhan berjumlah 105,000 dinar (RM1.5 juta) sejak 19 tahun lalu walaupun dia tidak pernah mengajar di sekolah di Kuwait.

Bagaimanapun, insiden mengejutkan itu terbongkar selepas audit dalaman dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Kuwait, baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Malah, rekod aplikasi sistem kehadiran menggunakan cap jari menunjukkan guru tersebut tidak pernah hadir mengajar selama hampir dua dekad.

Manakala, komunikasi rasmi sebelum ini telah merekodkan guru berkenaan sudah digantung tugas, namun pembayaran gaji diteruskan tanpa gangguan.

Iklan

Pihak berkuasa Kuwait juga mengesahkan guru berkenaan menerima sejumlah 105,000 dinar sebagai gaji sepanjang tempoh 19 tahun tersebut, namun jumlah keseluruhan wang tersebut kekal tidak digunakan dalam akaun banknya.

Berikutan itu, Kementerian Pendidikan Kuwait menafikan sebarang kemungkinan berlakunya rasuah dalam kes tersebut.

Iklan

Pihak berkuasa juga mencadangkan bahawa isu tersebut mungkin berpunca daripada kecuaian pentadbiran dan bukannya kesalahan yang disengajakan.

Bagaimanapun, kes berkenaan menimbulkan persoalan mengenai mekanisme pemantauan dan tanggungjawab dalam institusi kerajaan.

Insiden tersebut juga menimbulkan desakan supaya pihak berkuasa meningkatkan pengawalan dan pemantauan secara berkala bagi mengelakkan kejadian serupa berulang, pada masa depan. - Agensi