Bersatu Terengganu sedia kerjasama dengan UMNO, Pas

Iklan
RAZALI IDRIS

KUALA TERENGGANU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu sedia untuk bekerjasama dengan Muafakat Nasional iaitu UMNO dan Pas dalam menjayakan agenda pembangunan negeri demi kesejahteraan rakyat.

Pengerusinya, Senator Datuk Razali Idris berkata, pihaknya tidak menghadapi masalah untuk bekerjasama demi rakyat walaupun sebelum ini berlaku perbezaan fahaman.

Iklan
Iklan

Malah menurutnya, hubungan baik antara Bersatu bersama kepimpinan kerajaan negeri dan pemimpin UMNO sudah terjalin sekian lama dan akan terus diperkukuhkan.

"Bersatu kini sudah bersama Pas dan UMNO dalam Perikatan Nasional, jadi tiada masalah untuk kita memperkukuhkan kerjasama demi kesejahteraan rakyat.

Iklan

"Walaupun kita tidak mempunyai kerusi dalam Dewan Undangan negeri (DUN), tetapi kita tetap boleh bersuara dan menegur kepimpinan kerajaan negeri jika berlaku kepincangan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Sementara itu, Razali berkata, semua pihak perlu akur dan menerima Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilantik dan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan pada pagi tadi.

Iklan

"Masalah kemelut politik sejak minggu lepas sudah berakhir.

"Kita harapkan semua pemimpin politik akur dan menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana berjaya menyelesaikan kemelut dengan cemerlang," katanya.