SHAH ALAM - Pejabat Sheikh Dr Yusof Al-Qardawi menafikan berita kematian bekas Ketua Kesatuan Ulama Sedunia itu yang tular di aplikasi sosial Twitter sejak beberapa jam lalu.
Dalam satu kenyataan, pihak tersebut memaklumkan bahawa ulama berusia 93 tahun itu masih berada di pejabat dan melakukan aktiviti harian dalam keadaan sihat.
"Sesungguhnya berita yang tersebar itu dalam beberapa jam yang lepas di Twitter dinafikan," katanya.