Donald Trump selar FBI

Iklan
TRUMP

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semalam menyelar Biro Siasatan Persekutuan (FBI) kerana bertindak 'tanpa sebab dan tiada bukti' ke atasnya.

Kritikan itu merujuk kepada siasatan untuk menentukan sama ada tindakannya adalah bagi pihak Rusia selepas beliau memecat bekas pengarah agensi itu, James Comey pada Mei 2017.

Iklan
Iklan

Jutawan hartanah itu menerusi Twitter berkata, FBI berada dalam kekacauan kerana kepimpinan lemah Comey dan cara beliau mengendalikan siasatan ke atas bekas calon presiden, Hillary Clinton kerana menggunakan pelayan peribadi untuk menghantar beberapa emel kerajaan.

The New York Times melaporkan FBI melancarkan siasatan tidak diketahui untuk menentukan sama ada Trump menimbulkan ancaman kesihatan kepada negara dan dalam masa yang sama membuka siasatan jenayah ke atas kemungkinan halangan keadilan oleh jutawan hartanah itu.

Iklan

Ia kemudian diperluaskan dengan siasatan oleh Penasihat Khas, Robert Mueller berhubung campur tangan Rusia dalam Pilihan Raya Presiden AS 2016 dan kemungkinan kerjasama dalam kempen Trump.

"Tiada bukti menunjukkan Trump bekerjasama dan berhubung secara rahsia atau menerima arahan daripada Rusia," lapor akhbar itu. - AFP

Iklan