Covid-19: Bekas menteri, timbalan kontak rapat Hisham

Iklan
Gambar hiasan -Foto 123rf

PUTRAJAYA - Seorang bekas menteri dan timbalannya dipercayai kontak rapat dengan Pengerusi UDA Holdings Berhad, Datuk Hisham Hamdan yang disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Perkara itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dalam ciapan di Twitter, sebentar tadi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perkara itu berlaku Jumaat lalu.

"Memandangkan pesakit berhubung dengan bekas menteri dan timbalan menteri tiga hari lalu, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga," katanya.

Iklan

Sinar Harian sedang menunggu pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Semalam, notis dalaman UDA menasihati mana-mana individu yang berhubungan langsung dengan Hisham supaya menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan atau hospital kerajaan berdekatan, terutama yang mengalami simptom demam panas, sakit tekak dan lain-lain.

Iklan

Difahamkan, Hisham menghadiri Majlis Apresiasi pada 27 Februari lalu di Hotel Ancasa Kuala Lumpur.

Setakat ini, jumlah kumulatif Covid-19 di negara ini adalah 29 kes.

Daripada jumlah itu, 22 telah pulih dan dibenarkan pulang manakala tujuh yang lain masih menerima rawatan di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini

Kakitangan Khazanah positif COVID-19