KUANTAN - Kepantasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang pemilik akaun Facebook dengan nama 'Aaron Yee' bagi membantu siasatan berhubung status berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membuktikan pihak berkuasa di negara ini tidak mengambil ringan terhadap isu berkenaan.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah (Pekida) Pahang, Datuk Ngah Ismail berkata, penahanan itu membuktikan pihak polis bertegas terhadap perbuatan seumpama itu yang dikhuatiri boleh menimbulkan kebencian terhadap institusi beraja.