Covid-19: Republik Dominika umum kes pertama

Iklan
Covid-19

BANDARAYA MEXICO - Republik Dominika pada Ahad mengumumkan kes pertama koronavirus (Covid-19) dikesan di negara itu, lapor agensi berita Xinhua.

Menteri Kesihatan Awam, Rafael Sanchez Cardenas berkata, kes itu disahkan berdasarkan bukti ujian makmal dan epidemiologi.

Iklan
Iklan

"Pesakit berusia 62 tahun itu tiba di negara Caribbean pada 22 Februari tanpa sebarang gejala, namun pada 24 Februari (pesakit) mula mengalami masalah pernafasan, demam, serta batuk," kata pegawai itu.

Tambah beliau pesakit kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Iklan
Iklan

Kementerian dan Kebajikan Masyarakat menyeru orang ramai tidak memperbesar kes itu dan sentiasa mematuhi langkah-langkah pencegahan. -Bernama