Gajah ketiga ditemui mati di Kalabakan, kepala dipenggal

Iklan
Ahad lalu, Sinar Harian melaporkan penemuan bangkai seekor gajah tanpa kepala di kawasan Kalabakan. Ahad lalu, Sinar Harian melaporkan penemuan bangkai seekor gajah tanpa kepala di kawasan Kalabakan.
Ahad lalu, Sinar Harian melaporkan penemuan bangkai seekor gajah tanpa kepala di kawasan Kalabakan.

KOTA KINABALU - Satu lagi bangkai gajah Pygmy Borneo dalam keadaan kepala dipenggal ditemui di kawasan ladang kelapa sawit di Ladang Bukit Tukok di Kalabakan, Tawau.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Mohd Soffian Abu Bakar mengesahkan bahawa penemuan bangkai gajah itu merupakan kes ketiga dan dipercayai dibunuh berdasarkan keadaan bangkai yang sudah reput dan tidak berkepala.

Iklan
Iklan

"Gajah ini mungkin telah dibunuh dalam tempoh dua minggu lalu. Saya beranggapan gajah yang ketiga ini telah dibunuh lebih awal dari gajah kedua, cuma ia ditemui lebih lewat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Ahad lalu, Sinar Harian melaporkan penemuan bangkai seekor gajah tanpa kepala di kawasan Kalabakan.

Iklan

Bangkai tersebut merupakan gajah kedua yang ditemui mati dalam keadaan tragis selepas gajah pertama ditemui pada Januari lalu, juga dalam keadaan tanpa kepala dan kaki di Maliau Basin.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Sabah, Datuk Seri Christina Liew berkata, JHL Sabah sudah mengenal pasti pelaku tersebut, namun belum mempunyai bukti kukuh untuk dibawa ke muka pengadilan.

Iklan

"JHL sedang berusaha untuk menangkap pelakunya dan apa yang dimaklumkan, mereka telah mengenal pasti beberapa suspek tetapi belum ada bukti kukuh setakat ini yang boleh mengesahkan mereka sebagai pembunuh gajah tersebut.

"Jadi pemantauan sedang dibuat dan saya percaya ada penduduk kampung yang tahu siapa pelakunya namun mereka tidak mahu tampil ke hadapan," katanya.