Twitter akaun @cheminahsayang palsu

Iklan
Tengku Jihan memberitahu Twitter @cheminahsayang adalah palsu. Gambar kanan: Akaun Twitter @cheminahsayang adalah palsu.

SHAH ALAM - Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah Al-Sultan Abdullah meminta orang ramai untuk membuat laporan berhubung kewujudan sebuah akaun Twitter palsu milik bondanya, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini.

Dalam satu kenyataan di Twitter miliknya, Tengku Jihan memuat naik satu tangkap layar Twitter tertera nama @cheminahsayang dan menegaskan ia adalah akaun Twitter palsu.

Iklan
Iklan

Akaun palsu itu juga menggunakan gambar utama Raja Permaisuri Agong dan baru dibuka pada Februari 2020.

Twitter tersebut juga aktif dan terbaru memuat naik ucapan tahniah buat Tan Sri Muhyiddin Yasin atas pelantikan sebagai Perdana Menteri ke-8 dan juga ulang kongsi Twitter House of Pahang.

Iklan

Bagaimanapun, hasil pencarian di Twitter, akaun @cheminahsayang tersebut seakan-akan sudah tiada atau pun sudah dibuang oleh pihak tertentu.

Dalam pada itu, netizen bernama @zeineharun meminta pihak Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat perkara tersebut kerana ia boleh mengganggu ketenteraman awam dan memburukkan institusi Istana.

Iklan

Selain itu, netizen dikenali @watikahku juga sependapat @zeineharun agar mengambil tindakan tegas kerana terdapat lagi mereka yang tidak menghormati institusi Raja Perlembagaan.

Bagaimanapun, ada juga netizen beranggapan Permaisuri Agong sudah kembali membuka akaun Twitter selepas menutup pada bulan lalu.

"La ingatkan tuanku dah kembali ke Twitter." ujar @Abuzahran.

Sementara itu, rata-rata netizen telah membuat laporan kepada SKMM dan berharap pihak berkaitan mengambil tindakan selanjutnya.

Posting yang dimuat naik dua jam lalu kini memperoleh 4,800 ulang kongsi dan 4,700 tanda suka dari netizen.