JERTIH - Kerajaan negeri memberi komitmen yang tinggi untuk menyiapkan projek terbengkalai dan bermasalah di Besut khususnya Jertih.
Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar berkata, beberapa projek tersebut seperti pembinaan bangunan Pusat Perdagangan Jertih (JTC), Masjid Alor Lintah, stesen bas Jertih Souq akan diberi perhatian serius oleh kerajaan negeri.
Menurutnya, kerajaan negeri memberi keutamaan kepada projek-projek berkenaan khasnya di bandar Jertih memandangkan ia mempunyai kepentingan tinggi kepada rakyat.
"Projek yang belum disiapkan atau tidak dilaksanakan ada yang membabitkan di bawah kerajaan negeri dan pusat.
"Bagi projek kerajaan pusat tetapi diurus oleh agensi kerajaan negeri seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri dan Jabatan Pengairan dan Salisan (JPJ, kita akan ambil langkah awal dengan meminta agensi negeri berbincang dengan kerajaan pusat bagi mencari jalan memulihkan projek berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan tidak rasmi di beberapa tapak projek berkenaan di sekitar daerah ini semalam.
Ahmad Shamsuri kemudian singgah pada program kuliah agama Medan Ilmu di tapak Medan Selera Jertih di sini.