MANILA - Kira-kira 30 individu didakwa telah dijadikan tebusan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara Filipina, menurut polis hari ini.
Maklumat awal yang diperoleh pihak berkuasa mendapati dalang insiden di V-Mall di kawasan Greenhills di bandar San Juan, Manila itu dipercayai seorang bekas pengawal keselamatan di premis terbabit.