MUAR - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menziarahi pusara ibu dan bapanya dalam kunjungan singkat ke tempat kelahirannya di Muar, Johor setelah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri semalam.
Muhyiddin tiba di Tanah perkuburan Islam Bakri Batu 1 di sini kira-kira 12.20 tengah hari ditemani isteri,Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.