Politik wang di Cameron Highlands?

Iklan

KUALA LUMPUR - Pemuda Umno mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat kemungkinan berlakunya rasuah politik dalam PRK Cameron Highlands.

Desakan itu disuarakan ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang turut berkongsikan beberapa gambar pengagihan wang dikatakan berlaku di Cameron Highlands.

Iklan
Iklan

"Pemuda Umno desak pihak SPR menyiasat segera laporan yang telah dibuat Pemuda Umno.

"Ia berkaitan siri kempen PH yang disyaki mengagihkan wang kepada pengundi dari kalangan pengundi Orang Asli di Cameron Highlands kelmarin,” katanya.

Iklan

Malah, beliau turut mempersoalkan adakah tindakan sebegitu tidak dikira ‘rasuah politik’ dalam PRK Cameron Highlands.

"Apakah ini bukan dikira rasuah politik di waktu PRK Cameron Highlands?” soalnya.

Iklan

Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk C Sivarraajh turut menyindir penularan gambar itu dan mengatakan ‘tidak mengapa berbuat demikian kerana mereka kerajaan Persekutuan’.

"Ini tak pe (tidak mengapa) sebab mereka federal Government.

"Kalau kita bagi kenduri untuk jentera pun salah besar sampai lima tahun tak boleh mengundi,” tulis beliau di laman Twitternya.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Umno Sabah, Datuk Bung Moktar Radin turut cakna dengan isu tersebut dan menciap di laman Twitter beliau.

"Ini bukan politik wang, kakak ini cuma bagi duit minum, tunggulah kat kat (dekat-dekat) pembuangan undi baru bagi wang besar lagi.

"Sekarang ini pancing dulu mood orang muda, kalau boleh tipu lagi baru masuk gear empat,” tulisnya sinis.