Kelantan kemuka cadangan projek penting kepada PM

Iklan
Mohd Nassuruddin (kiri) bersama Anwar hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Dataran Pantai Irama. Mohd Nassuruddin (kiri) bersama Anwar hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Dataran Pantai Irama.
Mohd Nassuruddin (kiri) bersama Anwar hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Dataran Pantai Irama.

BACHOK - Kerajaan Kelantan mengemukakan beberapa cadangan projek penting kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kelantan yang berlangsung di Kota Darulnaim pada pagi Sabtu.

Projek-projek utama yang dimohon dipertimbangkan dan diluluskan untuk kerja awal antaranya jalan dari Kota Bharu ke Rantau Panjang dan dari Pasir Hor ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP).

Iklan
Iklan

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, projek yang dikemukakan itu merupakan keutamaan kerajaan negeri bagi memastikan kesejahteraan rakyat dapat dicapai secara menyeluruh.

"Alhamdulillah, beberapa cadangan projek yang menjadi keutamaan kerajaan negeri telah dikemukakan kepada pihak Perdana Menteri.

Iklan

"Saya cukup optimis di atas semangat federalisme yang tinggi, cadangan-cadangan tersebut akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya oleh pihak kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 yang diadakan di Pantai Irama, Bachok, yang turut dihadiri Anwar.

Iklan

Menurut Mohd Nassuruddin, hubungan baik antara negeri dan Persekutuan harus dijunjung atas semangat federalisme yang matang dan bermaruah.

"Negeri dan Persekutuan bukanlah untuk bersaing antara satu sama lain tetapi perlu bergerak seiring dalam menjayakan agenda rakyat.

"Kelantan sentiasa memastikan hubungan matang dan sejahtera bersama Kerajaan Persekutuan terus diperkukuhkan demi manfaat rakyat,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa prinsip pentadbiran Kelantan berpandukan Pelan Strategik Penghayatan Membangun Bersama Islam yang menekankan perpaduan, keharmonian serta kepatuhan kepada ajaran Islam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kanan) menyatakan sesuatu kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud (kiri)