Penamaan calon PRK Ayer Kuning

Iklan
Calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir (kiri), bersama calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) K.S. Bawani dan calon Perikatan Nasional (PN) Abdul Muhaimin Malek (kanan) selepas proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang berlangsung di Dewan Merdeka di sini, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 26 April, manakala pengundian awal akan diadakan pada 22 April.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari, bermula selepas pengisytiharan calon sehingga 11.59 malam, 25 April.