Anak penyanyi 'Selagi Ada Rindu' teruskan perjuangan bapa

Iklan
Shafie menghembuskan nafas terakhir jam 6.50 petang semalam akibat paru-paru berair.

ALOR SETAR - Anak kelima pencipta dan penyanyi lagu ‘Selagi Ada Rindu’, Shafie Ahmad, 54, atau lebih dikenali sebagai Pak Long akan meneruskan perjuangan Allahyarham bapanya selepas ini.

Nur Muhammad Idhoffy, 18, yang mewarisi bakat bapanya itu memberitahu akan terus membawakan lagu-lagu popular Allahyarham untuk mengubati kerinduan peminat.

Iklan
Iklan

Dia bersama ahli S4R Band juga akan meneruskan sebuah karya ditinggalkan oleh Allahyarham.

"Band ini diasaskan oleh abah sendiri dan sebelum abah sakit, dia ada cipta satu karya untuk band kami.

Iklan

"Karya itu masih belum siap sepenuhnya tetapi insya- ALLAH kami akan teruskan impiannya itu," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, jenazah bapanya selamat dikebumikan di pekarangan Makam Istana Raja Sakti, Sik pada jam 12.30 tengah hari tadi.

Iklan
Rakan-rakan dan sanak-saudara menyempurnakan urusan pengebumian Allahyarham Shafie di pekarangan Makam Istana Raja Sakti, Sik tengah hari tadi.

Shafie menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.50 petang semalam di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani akibat paru-paru berair selepas menerima rawatan selama tiga hari di Unit Rawatan Rapi HSAH.

Selain terkenal dengan lagu Selagi Ada Rindu, Shafie turut mencipta lagu Cinta Pantai Merdeka nyanyian Tropika dan Al Jannah dendangan Mawi.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat Allahyarham yang sentiasa menyokong karya-karya bapa selama ini," katanya.