Program Cycops dekati masyarakat

Iklan
Program Cycops ini merentasi beberapa kawasan sekitar Butterworth.

BUTTERWORTH - Suasana tenang di sekitar kawasan Bagan kemudiannya dimeriahkan dengan kehadiran puluhan basikal yang berkonvoi di sekitar Jalan Bagan, kawasan Mak Mandin dan beberapa kawasan lain di sini.

Kayuhan yang bermula seawal jam 7.15 disertai hampir 30 buah basikal terdiri daripada pegawai dan anggota polis IPD Seberang Perai Utara.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, program fun ride Cycops IPD Seberang Perai Utara ini merupakan antara program mingguan yang dijalankan di beberapa kawasan sekitar daerah ini.

"Sebelum ini kita telah adakan program Cycops ini di Kepala Batas, tidak ketinggalan di beberapa tempat di Tasek Gelugor dan kini kita turun berbasikal di beberapa kawasan di Bagan.

Iklan

"Untuk program Cycops kali ini melibatkan Balai Polis Butterworth, Jalan Bagan Luar, Jalan New Ferry, Jalan Chain Ferry, Jalan Taman Bagan Stesen Minyak Shell Mak Mandin (Pit stop), Jalan Bagan Lalang, Lebuhraya Sungai Puyu, Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth, susur keluar Pasar Bagan Ajam, Bagan Jermal, Kampung Gajah dan kemudiannya berakhir di Balai Polis Butterworth," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika dalam berhenti di pit stop program tersebut di Stesen Minyak Shell, Mak Mandin semalam.

Iklan

Jelasnya, indeks jenayah di sekitar daerah Seberang Perai Utara ini turut mencatatkan penurunan hasil daripada Cycops ini.

"Cycops bukan sekadar berbasikal malah kita bertemu sendiri dengan masyarakat, mendengar keluhan dan pandangan masyarakat terutama berkaitan hal-hal setempat dan jenayah sekitar.

"Dan ini memberikan kelebihan kedua belah pihak, iaitu polis dan masyarakat, dan hasilnya, alhamdulillah sejak ia dilaksanakan, kadar jenayah di daerah ini mencatatkan penurunan," katanya.

Dalam pada itu, rata-rata masyarakat menyambut baik Cycops yang dianjurkan pihak polis disini.

Abdullah Mohamed Nor, 52, berkata, program sebegini sememangnya bagus dan perlu diperkembangkan.

"Pada saya program kayuhan anjuran polis IPD Seberang Perai Utara ini merupakan program yang amat bermanfaat untuk masyarakat.

"Bukan sekadar mendekatkan hubungan, namun masa sama menjadi platform untuk menyampaikan maklumat kepada pihak polis," katanya.