Amanah Labuan adakan pemilihan 24 Februari

Iklan

LABUAN - Parti Amanah Negara (Amanah) Labuan dijadual mengadakan pemilihan untuk memilih barisan dan pemimpin baharu pada 24 Februari ini.

Jawatankuasa protem Amanah Labuan telah menetapkan tarikh itu susulan arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) supaya mengadakannya sebelum Mac.

Iklan
Iklan

Sebanyak 66 cawangan parti itu telah ditubuhkan dan diluluskan RoS antara November dan Disember tahun lepas.

Setiausaha Amanah Wilayah Persekutuan Ismail Yahaya berkata mesyuarat peringkat cawangan akan mengundi untuk 15 ahli jawatankuasa bahagian.

Iklan

"Anggota jawatankuasa berkenaan pula kemudian akan mengundi untuk memilih ketua bahagian,” katanya kepada Bernama.

Ismail berkata pemilihan parti itu perlu dilakukan secara demokratik bagi membolehkan anggotanya memilih pemimpin mereka yang dirasakan dapat membawa parti itu ke tahap lebih tinggi.

Iklan

"Kami mempunyai strategi untuk memastikan pemilihan parti berjalan lancar mengikut peraturan parti...pemilihan ini juga akan membantu menyatukan anggota dan bersama-sama dengan kepimpinan parti bergerak ke arah tujuan yang sama,” katanya.

Amanah melebarkan sayapnya ke Labuan pada Jun tahun lepas dan mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk di pulau ini.- Bernama